3 Strategi Naikkan Targeted Followers Di Instagram Dengan Cepat.

Assalamualaikum w.b.t

Ada ramai followers di instagram mesti syok kan? Tambahan lagi kalau dapat buat jualan ribu2 sebulan dengan konsisten.

Tapi persoalannya macam mana cara untuk dapatkan followers yang ramai di instagram dan buat jualan ribu2 dengan konsisten?

Jadi dalam artikel ni, saya akan kongsikan kepada anda 3 Strategi mudah untuk anda naikkan follower yang targeted di instagram dengan cepat.

Sebelum kita mula, objektif mana 1 yang kita nak capai?
Follower Ramai atau Followers Targeted?

Follower ramai sangat penting kerana anda akan terima traffik yang tinggi. Secara tidak langsung,ia dapat meningkatkan potensi jualan.

Selain itu,followers ramai ini juga dapatkan meningkatkan kepercayaan pelanggan dengan servis atau produk yang kita jual.

Tetapi…….sangat-sangat sayang jika followers yang ramai tetapi tidak targeted. Kerana pelanggan yang tepat akan memberikan anda jualan yang tinggi.

Jadi, objektif yang kita nak capai adalah Followers Targeted Yang Ramai. Follow strategi di bawah.

Strategi 1- Review

Strategi ni ada yang percuma dan ada yang berbayar. Jom saya jelaskan.


Review Percuma:

1) IG review

IG review adalah review yang diberikan oleh pelanggan yang membeli dengan kita. Review ini mungkin disebabkan mereka berpuas hati dengan servis kita atau mereka suka dengan produk yang kita jual.

Review ini sangat bernilai kerana ia mereka akan memperkenalkan kedai kita kepada kawan-kawan mereka.

Tip:

1) Berikan servis yang terbaik

2) Minta pelanggan kita review jika mereka berpuas hati.

2) Swap Review

Swap review adalah kita bertukar review dengan peniaga lain. Bermaksud, kita membuat review tentang bisnes Si A dan Si A akan membuat review tentang bisnes kita. Kebiasaanya ianya bersyarat:

1) Produk tidak boleh sama

2) Jumlah followers yang seimbang

Teknik ini kebiasaannya follower akan cepat meningkat jika kena pada sasaran yang tepat.

Jika anda tidak tahu di mana nak cari orang yang sesuai untuk anda bertukar review,anda boleh buat carian di bahagian search:

#reviewpercuma
#swapreviewmalaysia

Tips:

1) Swap review dengan orang yang berniaga niche yang sama dengan kita.
contohnya: Handphone vs powerbank,

2) Tengok follower aktif mereka dari segi like dan komen pada posting mereka.

 

 

Seterusnya adalah review berbayar. Cara ini anda perlu keluarkan sedikit kos dan perlu pilih yang betul-betul berbaloi. Cara ini juga terbahagi kepada 2.


Review Berbayar:

1) Gift Review

Kaedah ini  tidak memerlukan modal yang besar,hanya 1 produk anda diberikan kepada orang yang mempunyai follower yang ramai untuk dia membuat review di instagram mereka.

Kelebihan cara ini adalah,ia nampak lebih natural dan seperti testimoni sahaja.


2) Paid Review

Kaedah ini kebiasaannya bayaran berbentuk tunai.Kaedah ini ramai orang diluar sana buat.

Dari segi jumlah bayaran,ia bergantung kepada owner akaun IG tersebut,dan ia juga bergantung kepada jumlah followers.

Kaedah ini sangat berkesan dan anda dapat lihat peningkatan followers yang sangat cepat jika review yang dibuat berkualiti. Jika artis atau selebriti atau public figure yang buat review,lagi tinggi impaknya.

Tips:

1) Cari mereka yang mempunyai pengaruh yang tinggi.

2) Pastikan gambar dan ayat yang memukau

3) Lihat testimoni review yang mereka buat yang sebelumnya.

Mana nak cari untuk buat paid review?

Anda boleh buat di carian search #paidreviewmalaysia #review #paidreview dan lain2.

 

 

Strategi 2- Viral Post

Strategi viral ini mungkin anda selalu lihat di facebook. Teknik ini membuatkan posting anda menjadi perbualan ramai. Bagaimana caranya?


1)Contest

Anda buatlah contest menangi ape-ape hadiah yang menarik. Senang je kan?

Tips:

1) Followers sekurang-kurangnya 1000 orang.

2)Syarat nak menang,wajib folow IG anda,like post dan repost dengan caption menarik.

3)Gunakan #tags unik.(mudah untuk cari pemenang)

4) Boleh juga letak syarat supaya tag 5 rakan mereka.

5) Berikan hadiah dalam bentuk cash.

2)Repost

Share info atau tips. Contohnya anda menjual barangan bayi atau produk untuk ibu mengandung. Anda post lah tips untuk ibu mengandung.

Suruh followers anda untuk tag kawan-kawan mereka yang sedang mengandung. Paham?

Tips:

1) Mesti ada kaitan dengan niche barangan yang anda jual.

2)Post pada waktu yang sesuai.

3)Gambar yang menarik

4) Letakkan arahan untuk share jika info itu bermanfaat.

 

 

Strategi 3- Teknik Engagement

Teknik ini paling simple,mudah tetapi paling susah untuk konsisten. Method ini terbahagi kepada beberapa perkara yang anda boleh buat. Ia sangat penting agar orang sedar akan kewujudan kita.

1) Follow 

Follow dalam kata lain adalah kita add friend atau ajak berkawan. Jika kita menggunakan instagram untuk bisnes, follow orang yang berpotensi menjadi pelanggan kita. Contohnya, anda menjual tudung, followlah wanita muslimah yang bertudung, jangan follow lelaki di bawah umur.hehe

Reminder: Jangan lakukan terlaku agresif kerana akaun instagram anda boleh dibanned atau dibekukan. Boleh ikut rules ni iaitu, sehari follow 600-800 orang sahaja.

2) Like gambar

Kita nak orang like gambar kita tapi kita tak suka like gambar orang. Tak patutkan? So, make it simple, selalu like posting orang lain, nanti posting kita juga orang lain akan suka like.

3) Komen

Cara ni tak semudah seperti like gambar. Cara ini juga tidak boleh komen sesuka hati atau gunakan sofware secara membabi buta.

Sebaiknya buatlah secara manual. Kalau die bertudung,komen lah cantik tudung,beli kat mana. Komen lah seperti kita ajak untuk berkawan.

Tips:
1) Berhati-hati,jangan dilabelkan anda sebagai spam.

2) Jangan sesekali komen untuk menjual.

Reason why teknik ini berkesan adalah memang lumrah manusia macam tu. Jika orang like atau komen pada gambar kita membuatkan kita tertanya-tanya,siapakah dia ni? Kemudian kita akan buka profile instagram dia. Betul tak?

Jadi, memang rugi besar jika anda tidak apply cara ni sebab ianya simple dan anda boleh automatekan sahaja semua tu.

Untuk orang yang malas macam saya yg suka automasikan sahaja, boleh pakai tools yang sy pakai ni.

Sekadar itu dulu perkongsian saya,

Dalam post ni anda dah belajar 3 Strategi Mudah Untuk Naikkan Targeted Followers Dengan Cepat.

Sangat penting untuk anda apply ke dalam bisnes anda di instagram secara konsisten jika nak kan result yang maksimum.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel saya, jangan lupa untuk SHARE supaya lebih ramai dapat manfaat.

Pastikan anda selalu follow penulisan saya di sufimansor.com untuk lebih banyak lagi tips n trick yang akan bantu bagi idea kepada bisnes anda.

Jumpa lagi. Terima Kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *