3 Tips Pastikan Followers Insta Kekal Aktif

Followers PULUH-PULUH RIBU tapi bila POST 50 LIKE PUN TAK SAMPAI? Mesti anda pun perasan situasi ni atau anda sendiri sedang alami perkara yang sama.  😭 😭 😭

(Ok jom baca 3 Tips yg saya nak kongsikan berdasarkan pengalaman saya ni.)

[SILA #SHARE & #TAG KAWAN ANDA YG ADA IGSHOP]

=-=-=-=
#TIPS PERTAMA : WAJIB UPDATE POST SEKURANG-KURANGNYA 3x SEHARI
=-=-=-=
Jarang sangat update post antara faktor terbesar Insta anda MATI. Bila dah lama tak update memang lah akan kurag enggagement.

Sebab orang pun dah lupa dah siapa kita. Siap diorg akan kata “bila masa pulak aku follow ig ni?” Sedih kan?  :'(

Lagi satu nak share, bila dah lama tak update jugak reach post akan makin rendah. Pgalaman saya, lepas saya start update post konsisten 3x sehari. Sales makin naik, siap kawan tegur,

“wah, aku tgok aktif sekarang igshop kau.”  ^_^

Jadi, update lah akaun tu paling-paling tak sempat pun 3x sehari.

-=-=-=
#TIPS KEDUA : PELBAGAIKAN STOK GAMBAR UNTUK POSTING
=-=-=-=

Preparelah at least 50 keping untuk update di IG. Mungkin gambar dari angle berbeza, background yg lain, gambar testimoni ke atau dengan model yg berbeza. Senang cerita, sediakan post untuk sebulan terus.

Ramai orang asyik rotate gambar yg sama je. Update post 3x sehari, dah bagus dah. Tapi sayang…

Total gambar yang dia ada cuma 10 keping. Maka duk main putar-putar gambar yg sama je.

Bila pakai gambar yg sama ni orang pun akan kurang dah enggage sebab diorg pun perasan aku dah pernah tgok & like gambar ni dulu.

Kalau kita sendiri pun, bila dah selalu tgok kwn kita upload gambar sama hari-hari, rasa nak like ke? Ofc la malas nak layan dah kan? Hehehe

=-=-=-=
#TIPS KETIGA : HARGAILAH FOLLOWERS ANDA
=-=-=-=

Kebanyakan orang hanya fokus kepada post-post yang menjual sahaja. Lama kelamaan followers akan bosan. Hari-hari kerja nak ambik duit diorg je.

Cuba lah untuk memberi jugak. Tak susah pun. Buat contest bagi topup setiap 2 minggu pun dah cukup.

Barulah org rasa berbaloi nk support. Asyik post iklan orang pun serabut.

Spend duit utk dapatkan followers (paid review) habis beratus/ribu seminggu takkan la nak spend rm50 seminggu pun tak mampu kan?

Biasanya saya akan buat mini contest setiap 2 minggu, bagi topup kepada 10 org bertuah. Dan dalam sebulan tu saya akan buat 1 giveaway yg premium. Bagi produk percuma.

Bila dah selalu buat contest ni, mmg makin ramai yg support. Bila saya cakap je nak buat giveaway premium. Berderet followers dah ready nak join, siap buat post & story lagi suruh org follow kami walaupun saya tak suruh pun promotekan kami.

Tu belum yg diorg sebarkan mulut ke mulut pasal igshop kami. Best kan bila jaga hubungan dgn followers?

=-=-=-=
#TIPS BONUS : BANYAKKANLAH IKLAN PAID REVIEW
=-=-=-=

Macam mana orang nak beli dari kita kalau diorang tak tahu pun kita ni wujud? Buat bisnes tanpa iklan ni seolah-olah kita buka satu kedai tapi pintunya berkunci.

Hiaslah secantik mana pun kedai kita, sesedap mana pun kedai kita, tapi kalau orang tak boleh nak masuk, agak-agak ada yang tahu ke kedai kita tu best?

Jangan takut fikir habis duit untuk iklan.

Kalau sebelum ni tak iklan sales RM500 sebulan, lepas start spend duit RM1000 sebulan untuk iklan sales anda naik jadi RM5000, rasa-rasa sanggup tak nak keluarkan duit untuk iklan?

Gila tak sanggup kan? Hahaha

Kami naikkan igshop kami dalam ke 50,000 followers dalam masa 4 bulan guna paid review je. Tu pun slow sbb ada beberapa masalah luar yg tak sempat nak cerita kat sini.

Okey itu sahaja untuk tips dari saya berdasarkan pengalaman menguruskan & menaikkan bisnes kami di Instagram.

Semestinya tips ini saya BUKAN berikan secara PERCUMA! Jadi sekarang tibalah masa untuk anda BAYAR BALIK perkongsian yang saya dah berikan ini.

Tapi saya bukanlah kejam untuk caj anda mahal-mahal,
Cukuplah dengan sedikit bayaran ni.

Bayarannya ialah…

SILA #LIKE, #SHARE & #TAG KAWAN ANDA YG ADA IGSHOP DI RUANGAN KOMEN  ^_^

Saya doakan anda yang buat bayaran LIKE, TAG & SHARE ni semakin dimurahkan Rezeki.
Ameen…

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang berniaga di Instagram. 🙂

Kredit perkongsian daripada sahabat saya : Nik Abd Sobur

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top