3 Tips Pilih Influencer Sebelum Buat Paid Review

Paid Review atau nama lain shoutout atau Influencer Marketing antara method marketing yang powerfull bagi peniaga di Instagram.

Tapi masih ramai yang frust sebab tak dapat result seperti yang diharapkan.

Tapi anda jangan risau, dalam artikel ni saya akan share 3 Tips Pilih Influencer Sebelum Buat Paid Review. Ada 3 elemen penting untuk anda semak.

Apa itu Paid Review?

Bagi anda yang masih baru, paid review adalah kaedah marketing dimana anda membayar orang yang mempunyai fans yang ramai atau pengaruh yang besar untuk promosikan produk anda.

Kebiasaannya terdiri daripada artis, instafemes, orang kenamaan, blogger, atau igshop lawak, hiburan dll.

Ok jom kita ke elemen pertama.

Elemen 1- Jumlah Followers

Jumlah followers ni biasanya menentukan berapakah harga yg akan mereka cas untuk paid review. Semakin ramai followers, semakin tinggi harga yang di cas.

Jadi saranan saya, jika anda seorang yang baru bermula, gunakan servis daripada influencer yang ada followers bawah daripada 100K atau 50K.

Elemen 2- Engagement Post

Selepas dah lihat jumlah followers, lihat pula engagement pada setiap posting. Cara nak tahu engagement influencer tu bagus atau tak, korang boleh kira dengan simple math iaitu average like 10 posting terakhir bahagi dengan jumlah followers dan darab 100.

Then dapat lah jumlah percent engagement. Saya sarankan minimum percent engagement adalah 3%. Lagi tinggi lagi bagus. Ini menentukan, berapa ramai daripada fans mereka yang akan nampak review produk anda.

Kalau korang malas nak kira, boleh pakai calculator engagement dekat bawah ni. Masukkan username then tekan enter, nanti keluarlah berapa percent.

>https://phlanx.com/engagement-calculator

Element 3- Active Followers

Elemen ni sangat penting tetapi masih ramai yang abaikan atau terlepas pandang. Apa yang saya maksudkan dengan active followers adalah jumlah followers yang terdiri daripada “real user ” atau active account bukannya fake followers atau international followers.

Elemen ni saya highlightkan penting kerana sekarang terlalu banyak dalam pasaran jual beli fake followers. Anda nampak followersnya ramai, liker posting tinggi, tetapi semua itu adalah “followers” beli, atau “like” beli.

Jadi macam mana nak check ni? Senang je..

Klik pada “Followers”, dan scroll untuk tengok followers mereka. Di bawah contoh influencer yang membeli fake followers.

——–

Anda boleh lihat sendiri, walaupun dibuka slot untuk paid review, tetapi followersnya adalah “fake account”.

Next, kita tengok lagi jumlah like atau jumlah views pada posting. Step yang sama iaitu klik pada liker dan tengok samaada yang like daripada real acount atau fake account.

———–

Jika anda dapati engagament mereka daripada fake account atau international followers, batalkan sahaja niat anda untuk gunakan servis review daripada influencer tersebut kerana anda tak akan dapat sebarang sales atau result yang anda nak.

Pastikan anda check dulu supaya anda tidak tertipu dengan servis review yang mereka tawarkan walaupun dengan cas yang rendah.

Jadi, sekadar tu sahaja tips kali ni. Dalam artikel ni anda dah tahu apa 3 elemen yang perlu anda semak sebelum pilih mana-mana influencer bagi servis paid review.

Jangan lupa untuk Share artikel ni kepada rakan-rakan bisnes anda supaya mereka pun dapat tahu 3 elemen penting ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *