3 Tools Saya Guna Untuk Bisnes Saya Di Instagram

Dalam dunia pemasaran digital yang semakin moden ni, pelbagai tools yang boleh kita gunakan untuk bantu kerja kita menjadi lebih mudah.

Dalam artikel ni, saya akan kongsikan 3 Tools yang saya sendiri guna untuk bisnes saya di Instagram.

 

1)Canva.com

Untuk edit gambar content di instagram, saya gunakan Apps Canva. Apps ni adalah PERCUMA sahaja daripada Google Playstore atau Appstore. Version web pun ada, korang just google je Canva.com.

Ada beratus-ratus template gambar yang cantik disediakan. Korang just tinggal drag n drop sahaja untuk guna. Memang sangat user friendly, tak perlu ada kepakaran editing sangat pun.

 

2.APPHI

 

Fungsi Apps APPHI ni adalah untuk schedule & post di instagram. Apps ni antara yang paling stable yang saya guna. Anda boleh install dari Playstore.

Apps ni antara yang saya suka sebab membantu untuk saya rancang posting saya di instagram untuk sebulan terus. Jadi saya tak perlu nak hire staf untuk urus posting bisnes saya di Instagram dan saya ada banyak masa untuk saya rancang strategi marketing yang lain.

Apps ni bukannlah percuma. Langganan bulanan serendah RM60. Jika bisnes anda mampu buat jualan konsisten di instagram, memang sangat berbaloi untuk anda invest pada apps ni. Anda akan ada lebih banyak masa untuk fokus kembangkan lagi bisnes anda.

 

3.Follower Assistant (FA)

 

Apps ni antara the best yang peniaga di instagram wajib guna sebab ianya stable dan secure. Apps ni membantu saya untuk automasikan semua kerja-kerja manual. Dengan fungsi auto follow, auto unfollow, autolike, autolike in timeline, dan auto komen.

Dengan fungsi tadi, saya dapat peningkatan engagement dan kenaikan targeted followers secara organik dengan automatik.

Apps ni juga bukan percuma. Ada langgan bulanan RM30 untuk semua fungsi.

Tapi jika anda nak lagi jimat, saya prefer anda dapatkan yang upgrade version iaitu tiada langganan bulanan.

Klik sini untuk info penuh!

 

Okay sekadar tu sahaja perkongsian saya, ada banyak lagi tools yang anda boleh gunakan untuk bisnes anda di instagram. Nantikan dalam artikel yang akan datang.

Jika anda rasanya info ni bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda supaya lebih ramai dapat manfaat. TQ.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *